Friday 23 May 2014

X-Men. . .


John Melvin: Sayang padam lampu. . . Ngantuk la

Nazry: Errrrkkkkkkkk alamak bee kuasa x-men abang dh habis la. . .

John Melvin: Bangun la tutupppp. . .

Nazry: hahahhahahahah, Errkkkkkkk serius nie dh takde kuasa sekarang. . . Bee la tutup

John Melvin: Bengong


Mcm kata Pak Jabik "terlebih tengok DVD la nie"


Friday 9 May 2014

Throwback III. . .

Petang itu langit agak mendung. . .Mentari yang hampir hilang serinya jauh di ufuk barat, namun masih cuba memancarkan cahayanya sehingga terbentuk garis-garis jingga dibalik awan yang sedikit gelam mendung. . . . Lampu-lampu jalan tiang besi mula menyala menyumbangkan cahaya. . . . Penat. . .

Wanita tua ini, caller ringtunnya mengalahkan anak dara, lagu Justin bibir menjadi pilihannya. . . . Bila ditanya kenapa lagu ini, dia salahkan cucu, tapi hati kecil seorang anak ini tahu dia yang sebenarnya meminati penyanyi bersuara perempuan itu. . . .


John Melvin: Assalamualaikum. . . .

Mak: Waalaikumsalam. . . Macam mane keje tam mak hari nie. . .

John Melvin: Boleh la, tapik susah sikit sbb ade orng berenti. . .mak buat ape tu. . .

Mak: Mak baru masuk rumah, tadi tengok bunga, dah bayak yang buruk. . .Gantikan dia punye tanah. . . Mane la tahu boleh pulih. . .Dah sampai rumah ke. . .

John Melvin: Dah dekat dah. . . mak masak ape

Mak: Makan lauk tengah hari nanti je, Kari ikan pastu hiris timun je nanti. . .Kalau jauh lagi nak sampai, semayang dulu dekat mana-mana. . . Adik dah makan ke. .

John Melvin: Malam karang la keluar. . .mak ade call masuk, nanT adik call balik. . .bye

Mak: OK Assalamualaikum. . .

Nazry: Hello bee. . .

John Melvin : Ye kenapa?

Nazry: hahahah dah balik keje belum ke dh sampai umah. . .

John Melvin: Jauh gak lagi, badan pun penat. . Picitkan boleh. . .

Nazry: Ok je. . . baru nak mintak tolong belikan makanan. .takpe la nanti sebelum sampai abang singgah. . Nasik lemak boleh?

John  Melvin: Fattt. . . Tapik ok je, bee nk drive nie. .

Nazry: Owhhh ok-ok la awak drive elok-elok. . Love you

John Melvin: to

Lengkap berkemeja jalur-jalur coklat tua & muda, berseluar khakis semalam & berstokin. . . Pada badannya juga masih ada sisa-sisa bau Dior Homme tp mungkin bercampur sedikit bau peluh. . . Terlentang menghadap kipas & tiupan penghawa dingin yang dipasang sayup, menghilangkan lelah di atas karpet bewarna merah tua berbulu-bulu seperti jembut di ruang tamu rumah itu. . . . Entah mengapa hari ini kerjanya membuatkan dia benar-benar terasa penat, Otak & badan. . . . . .

John Melvin: Abang. . .Belikan nasi ayam 1. . .Nasi Lemak xnk

Nazry:  OK. . .dah sampai rumah?

John Melvin menghantar sms kepada Nazry, meminta untuk ditukarkan menu makanan kerana kandungannya mahukan Nasi Ayam, namun penatnya lebih menjadi raja ketika itu. . . . John Melvin terlelap & hanya tersedar apabila mulutnya terasa dicicipi sesuatu seakan bibir namun dikelilingnya berbulu & Nasi Ayam John Melvin jamah setelah badannya basah berpeluh bersenam selepas itu. . .

Wednesday 7 May 2014

Edah. . .


Hari ke 16. . .

Usai keluar, Pintu jendela kaca lunsur yang seperti kebanyakan rekabentuknya rumah era ini John Melvin katupkan rapat. . . Berdiri merelakan dirinya dinodai dingin malam. . John Melvin memerhatikan awan-awan yang putih namun sedikit kelabu. . . Disinari sinar sang rembulan dalam kepekatan malam yang gelap. . . John Melvin tersenyum sendiri, terkenangkan perbuatan bodoh beliau 2 hari yang sudah. . . malu dan terasa seperti gadis. . . Bergenang air mata untuk seorang lelaki yang kini John Melvin anggap kurang setia. . . 

Malam itu genap 16 hari John Melvin bergelar seorang balu. . . Mungkin pada pandangan masyarakat yang kebanyaknnya dari kenalan-kenalan Nazry menganggap John Melvinlah yang empunya angkara. . . Ini semua akibat lakonan-lakonan Nazry jang bijak membawa watak inesen, membuat muka comel seperti kucing ketika John Melvin berang berwajah harimau dihadapan kawan kenalannya yang juga kini menjadi teman John Melvin. . .Namun jiwa mana yang tidak mahukan penjelasan, hati mana yang tidak mahukan perhatian. . . Lantas 2 hari yang sudah John Melvin menolak ketepi malu & egonya, lalu membawa watak seperti seorang gadis yang mahukan pencerahan. . .

Malam itu tubuh bogel John Melvin hanya ditutupi kain pelekat bewarna merah. . Dingin sambil bertemankn bulan yang sesekali ditutupi sekawan awan di langit. . . pada balkony ke 2 rumah tiga tingkat ini John Melvin merelakan dirinya dimamah bayu malam. . . Sesekali badannya terasa gatal di gigit nyamuk, namun John Melvin biarkan sahaja ia kenyang kerana pada John Melvin darahnya masih banyak untuk dikongsi. . . Mungkin nasib John Melvin akan terus menjadi balu kerana tiada tanda-tanda rujuk oleh Nazry. . . tiada sms tanda maaf, tiada sms bertanya khabar tiada sebarang berita seperti selalu-selalunya sebelum ini yg keluar dari screen phone John Melvin. . . Tiba-tiba :-

Nazry: Jangan lupa kunci balik pintu tu masuk nanti. . . Dah malam nie. . .

Emmmmmm. . . membaca sms dari Nazry buatkan hati John Melvin terasa kosong buat seketika, namun ia tidak lama setelah terkenangkan perbuatan bodoh John Melvin 2 hari sudah yang membuatkan John Melvin malu sendiri. . . Dilihatnya awan malam itu buat kali terakhir sebelum melangkah masuk ke Biliknya sendiri namun ianya terkunci. . . . Menghela nafas berat John Melvin memikirkan mungkin rumah ini juga tidak mahukan dia disini. . .