Wednesday 26 March 2014

Rajuk Part II

Siang 25 Ramadhan 1434H bersamaan 13 Julai 2013 Sabtu jam lebih kurang 09:00 pagi.

Nazry: Kemana?

John Melvin: Ofis. . .

Nazry: Bukan hari Sabtu cuti. . .

John Melvin : Ade keje sikit. . .Tak percaya lagi ke?

Nazry: (diam seribu bahasa)

Owhhhh sebenarnya bukan merajuk sudah. . . Cuma tunggu beliau sahaja mengucap sorry. . . Lagikan pula air sudah ke kepala. . . hak hak hak

Kesinambungan daripada Rajuk Part I

Tuesday 18 March 2014

Throwback II. . .


Hari itu jam menunjukkan pukul 03:40 petang, Ahad bersamaan 01 Sep 2013. . . Hujan turun dengan renyai namun kadangkala tangisnya menggila. . . . Dalam tempias hujan & Perasaan jiwa yang John Melvin tidak pasti. . . 

Hari itu jam menunjukkan pukul 08:30 malam, Sabtu bersamaan 31 Ogos 2013. . . Cuaca tidak pula mendung apatah lagi hujan, namun bayu malam itu cukup dingin. . . Bersama kepulan awan yang tebal bertemankan sang bulan yang menghilang. . . Di sebuah kedai makan di Bangsar. . .

Nazry: Esok kita ke open house kawan abang ekk. . .

John Melvin: Siapa & Dimana (actually tidak setegas ini, ada aksi-aksi gedik diantaranya)

Nazry: Damansara. . . Kawan lama. . . Jom la, lama juga tidak berjumpa. . . Kalau di facebook namanya Rahim (bukan nama sebenar)

Hari itu jam munjukkan pukul 08:30 malam (mungkin sedikit lewat), Sabtu bersamaan 31 ogos 2013. . . Jika diturutkan kata hati & cara pemikiran John Melvin malas sekali mahu pergi. . Tambahan pula gerangan siapa untuk kami kunjungi juga tidak John Melvin kenali. . . Namun pepatah melayu ada menyebut - Rezeki jgn ditolak & musuh jgn pula dicari. . .

John Melvin: Bukan esk awak nak fly ke tawau ke?

Nazry : Dari open house tu bee terus la hantar abang ke air port. . .

Hari itu jam menunjukkan pukul 10:30 pagi, Ahad bersamaan 01 September 2013. . . Mungkin cuaca di luar pada ketika itu cerah & bersinar-sinar. . . Namun John Melvin tidak pasti. . . Tersedar dari lena yang tidak begitu panjang. . . Sendiri & tiada berteman kerana Nazry ketika itu sedang mandi. . . . Mungkin suaranya yang seperti Siti Nurhaliza lelaki yang mengejutkan John Melvin tadi. . . Dan beberapa ketika selepas itu. . .

Nazry: Bee bangun mandi. . . Breakfast & g umah Rahim. . .

Nazry: bangun la. . . Liwatt karang

Hari itu jam menunjukkan pukul 10:30 pagi (mungkin sedikit lebih), Ahad 01 September 2013. . . John Melvin bingkas bangun & mencapai tuala mandi. . . Jiwanya bergelora kencang bersama hatinya yang berdebar-debar. . . Risau mahkota & kesuciannya diragut. . . Melangkah & terus bermandi junub. . .

Nazry: Bee singgah kedai kek dekat sana dulu. . . nak bawak ke sana. . 

John Melvin: Harus ke bawak kek open house orang. . . Dia mintak ke?

Nazry: takda la, tapi dulu-dulu abang memang selalu bawak kek. . . Just tambah-tambah. . . 

John Melvin: baikkk puan sri. . .

Hari itu jam menunjukkan pukul 10:30 malam, Sabtu bersamaan 31 Ogos 2013. . . Cuaca masih seperti tadik Dingin dengan bayu malam. . . jika diturutkan kepada cadangan John Melvin, Nazry, PM & beberapa kawan lain kami mahu meraikan Malam kemerdekaan ditempat yang Lampunya bewarna-warni seperti bunga api. . . Namun hajat dihati terpaksa dikuburkan seperti mati, dek kerna perancangan Nazry secara tiba-tiba pada jam 08:30 malam tadi. . .

Dari atas ia turun ke bawah. . . dari sisi kanan bertukar pula ke sisi kiri. . . Berdengus seperti lembu dengan sedikit-sedikit ketawa kecil dek kerna telatah yang mencuit hati. . . kadang-kadang perlahan & kadang-kadang ia laju. . . tertidur dalam ucapan selamat menyambut kemerdekaan. . . hari itu jam menunjukkan pukul 12:30 pagi. . .Ahad bersamaan 01 September 2013.

Hari itu jam menunjukkan pukul 01:20 tengah hari, Ahad bersamaan 01 September 2013. . . Jika didongakkan kepala ke langit awannya masih putih bersih, indah dengan tempias matahari, namun jika pandangannya dihalakn ke ufuk barat, ada kepulan-kepulan awan hitam yang adgak besar. . . Melangkah dalam terik mentari menuju ke tingkat 9 di sebuah kondominium di Damansara. . .

Rahim : Nahh air rebina yang awak suka. . .

Nazry: Ingat lagi ekk. . .

Rahim: Awak ingat tak, dulu

Rahim: Awak ingat lagii tak. . . 

Rahim: bagaimana ekk kita boleh kenal hari tu. . .

Nazry: Bee gi la makan, jgn malu-malu. . .

Rahim: makan la, banyak lagi makanan tu. . .

Hari itu jam menunjukkan pukul 03:40 petang, Ahad bersamaan 01 September 2013. . . Di dalam permanduan kenderaan pulang dari open house Rahim, kenalan lama kepada Nazry. . . 

John Melvin: Awakkk saja suruh saya makan banyak kan. . .

Nazry: Open house memang la kena makan. . .

John Melvin: Ye ke. . . bukan sebab taknak saya kacau cerita kenangan awak dengan Rahim ke?

Nazry: hahahah dia tahu la yang abang ngan bee. . . lagipun takkan nak cerita pasal sekarang kot. .

Hari itu jam menunjukkn pukul 03:40 petang, Ahad bersamaan 01 September 2013. . . Dalam pemanduan kenderaan pulang dari open house Rahim, bertemankan hujan rengai & kadangkala tangisnya menggila. . . Dimana mulanya John Melvin tidak ingat, namun entah mengapa tangan Nazry John Melvin genggam kuat sehingga terkeluar kata Auwwwwwwwwww sakit dari mulutnya. . . namun yang pasti John Melvin sedikit tidak cemburu. . .

Tuesday 11 March 2014

wish. . .


Pagi ini tiada Good Morning. . .

Berkecil hati lah tu. . .