Monday 30 January 2012

Block . . .


Tiada ku duga Permulaan yang Jernih
Menjadi Keruh Dengan Tiba-tiba
Bisa Rintangan Antara Ku dan Dia
Cinta Terhalang Oleh Orang Tua. .

Jam 8:30 tadik. . . .

Nazry: Abang dah kasi tahu penyanyi tu yang Bee ngan abang. . .

John Melvin : Knape?. . . 

Nazry: Tak suka. . . .

John Melvin: Kawan je la. . . 

Nazry: Sorry. . . but i know penyanyi itu better than you. . . 

John Melvin: Emm suka hati. . .Bye. . .

Nazry: Abang Minta maaf. . . Tp sekali sekala tolong jaga hati abang jugak. . . Abang nak jugak Bee call abang/ sms abang mcm bee buat dekat penyanyi tu. . . but as usual always abang yg start dulu. . . tapik dengan penyayi tu boleh pulak sms sampai berjam-jam. . .

John Melvin : Awak keje. . . 

Nazry: Emmmmm sentiasa ada jawapan. . .Abang tak larang berkawan dengan Penyayi tu. . . Cumanya abang mintak jangan lebih dari kawan. . .

John Melvin : OK je. . . bye nak makan (menipu)


Jam 10:00 tadik. . .

Nazry: Makan ape tadik. . . dah tidur?

John Melvin: Nie mak John Melvin. . . Dia dah tido. .hak hak hak sembang nanT ekk. . . Nie mak dia betul-betul nie. .bukan tipu-tipu. . .Serius. . .

Nazry: Emmmm baik la mak John Melvin. .Cakap dekat anak mak cik saya sayang dia. . . Sorry. .

Stresss aku dengan mamat sorang nie. . .Izinkan John Melvin terbang bebas seperti bangau yang putih berseri di angkasa raya bersama awandania. . .

ps: Baru bercadang nak buat Miss Call part III.. . .

Mak Jah. . .


Memanaskan semula air kopi semalam menggunakan heater air bukanlah suatu yang menyalahi rona-rona kehidupan kerana memang itu fitrahnya heater air untuk memanaskan air. . . Namun ia kelihatan salah dimata Mak Jah, hari ini beliau dimarah oleh Mak Jah Lagi. . . Emmmm Mak Jah memang dari dahulu suka marah beliau, ingin dikata simpom P.M.S usianya sudah berstatus menopause. . .Mujur sahaja Mak Jah beliau anggap sebagai emak ke dua beliau. . .

Mak Jah, merupakan nama-nama tipikal yang wujud didalam drama-drama arahan Yusuff Haslam & Prof. A Razak sebagai orang gaji. . . Lantaran itu beliau namakan Mak Jah dirumah ini juga sebagai Mak Jah sebagai kesinambungan kepada drama-drama arahan Yusuff Haslam & A Razak. . . Sudah lama beliau mengenali Mak Jah, kira-kiranya dari beliau berumur 6 tahun lagi. . . Ketika beliau masuk ke darjah satu. . . (beliau anak seorang guru makanya dengan sedikit penyalah gunaan kuasa beliau dapat masuk ke darjah satu pada usia sedikit muda) ataupun ketika beliau berumur 4 tahun, ketika beliau berada di tadika, emmmmm beliau sendiri kurang ingat. . . 

(Ini bukan Mak Jah)

Ketika Ibunya bekerja Mak Jahlah yang menjaga rumah & masak masakan tengah hari untuk beliau. . . Mak Jah juga yang menjadi guru mengaji kepada beliau sehingga beliau khatam Al-Quran pada usia 10 tahun. . . Owhhh mungkin akibat hasutan nafsu syaitan, ketika mengajar mengaji Mak Jah garangnya lain macam. .  Jika terlihatkan oleh siput babi, nescaya sibut babi itu akan menyorok didalam cengkerangnya akibat takutkan kegarangan Mak Jah ketika mengajar mengaji. . .

Sebenarnye tiada apa yang menarik untuk diceritakan perihal Mak Jah. . . Beliau sekadar ingin meluahkan perasaan disini kerana di marah oleh Mak Jah akibat memanaskan kopi semalam menggunakan heater air. .  Keluh resah Mak Jah bukan sekadar perihal heater air, diungkitnya kembali peristiwa beliau mengexperimentasi lalat dengan memasukkan lalat kedalam peti sejuk sehingga pengsan, tidak cukup dengan itu, dibangkitkan issu beliau mengasingkan biji kekabu dari bijinya dengan menggunakan mesin basuh. . Meskipun usaha pengasingan itu tidak seperti apa yang beliau bayangkan ketika itu, sekurangnya beliau mencuba. . .Mujur tidak diungkitnya perihal vakum yang beliau rosakkan akibat experiment sains beliau & aktiviti merebus jentik-jentik menggunakan kuali telur beliau. . . Jika tidak mana mahu beliau letak muka beliau sendiri kurang pasti. . . 

ps: Jentik-jentik apabila direbus pada suhu 100 darjah akan menjadi rangup & mudah untuk dipatahkan. . . cubalah sendiri dirumah jika kalian tidak percaya. . .

Pepatah ade menyebut " Don't Judge the age by the wrinkles " kerana meskipun sudah tua kuasa membebel Mak Jah masih macam dahulu. . . Tapi entah kenapa beliau setia menahan telinga mendengarnya, dibebelnya perihal hatinya yang bembang melihat beliau berpelesaran seperti insan tiada matlamat hidup kini & apabila beliau menyatakn susah untuk mendapat kerja sekarang disuruhnya beliau bekerja menjadi pekerja di McD. . . Mak Jah oooo Mak Jah. . . .

Luahan mengenai Mak Jah mungkin Bersambung mungkin tidak. . . kerana beliau kini sudah dipanggil makan oleh beliau. . . Jika derhaka nanti risau Mak Jah bertukar menjadi beruang kutup tua yang mengganas. . . 

ps: Beliau sebenarnya sayang sangat sama Mak Jah sama macam beliau sayangkan emaknya, kalau kurangpun mungkin sebesar kuman sahaja. . . . Meskipun beliau kadang kala bertukar menjadi Beruang kutup tua yang mengganas. . .


Sunday 29 January 2012

Miss Call II

Petang itu. . . Cuaca di kuala lumpur seperti biasa-biasanya panas berbahang serta penuh debu. . .Tidak seperti di Kampung yang mana penuh dengan keharmonian dan kesejahteraan, sama seperti apa yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri kita berkaitan kesejahteraan rakyat 1 Malaysia. . . Sedang enak John Melvin & Nazry makan limau sepena tahun baru cina, Hanphone nya berbunyi mesra. . .

Penyayi Itu: Salam, Kenal?

John Melvin: Kenal, Penyanyi itu. . . Knape?

Penyayi Itu: hahahah saja boring-boring. . Ke Curve hari nie. . .

John Melvin: Emmmmm tidak agaknya, esok sudah mahu pulang ke kampung. . . So malam nie mahu rehat sahaja di rumah. . .Mungkin lain kali. . .Boleh cakap mcm tu?

Penyayi Itu: Boleh. . . NanT saya tuntut janji ini. . .hahahahaha

Untuk sms seterusnya sekadar pesanan ringkas yang mampu mengukir senyuman bahagia & mengeraskan beberapa bentuk anggota seketika dan ia berlarutan sehinggalah . . (jam 5:50 pm mungkin)

Nazry: Dengan sape sms tu, seronok sangat nampak. . .

John Melvin: Ek ek dengan anak buah. . . Jom g makan, lapar la. . .

Nazry: Lepas Maghrib la, dah petang nie. . .

John Melvin: Emmmm kalau mati lapar mcm mane. . .Aku belanja. . .

Nazry: hahahahhaha penganggur belanja OK je. . .

Sebenarnya John Melvin bekecil hati apabila Nazry menyatakan yang ia seorang penganggur, meskipun itu kenyataan tetapi jika dinyatakannya banyak kali cukup membuatkan John Melvin rasa nak gigit telinga beliau laju-laju. . . Namun jika digigit telinga Nazry laju-laju, dimana lagi bahagian geli-geli Nazry yang tinggal. . makanya hasrat menggit laju-laju itu John Melvin campakkan jauh ke Lautan dalam & John Melvin gantikan dengan perasaan menggigit telinga Nazry dengan penuh kasih sayang. . 

---------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu apa demamnya Nazry mahu tidur awal. . . Dikatakan yang dirinya penat & mengantuk, namun bila suruh masuk tidur dia membantah dengan berbagai soalan-soalan Fizik & Biologi yang menguji minda. . .

Nazry: Bee esok balik kampung petang ke pagi. . .

John Melvin: Pagi agaknye, petang takut jem. . . manyak makan minyak ooo. . . 

Nazry: Owhhhhh kalau balik pagi, pegi la berehat nanT esok drive takde penat sangat. . .sms anak buah lagi ke?

John Melvin: Emmmmmm bukan la, sembang dengan kawan. . . lama tak sembang ngan dia. . .Dah mengantuk ke?

Nazry: Mengantuk la jugak. . . Jom tidor. . .

John Melvin: Sikit lagi masuk, awal sangat nak tidonye. . . 

tettt tettt <--bunyi sms masuk lagi 
Penyayi Itu: OK la bro, nanti sambung lagi, nak keje nie. . .

John Melvin : OK. .

Nazry : Bee ade duit lagi. . . ke nak abang bank inkan. . . 

John Melvin: ade lagi. . . tadik kata mengantuk pegi la tido dulu, aku nak bukak internet jap, nak mendaftar Job Street jap. .  so ade la duit nanT. . .

Nazry: hahahahahahaha, cepat-cepat la cari keje, lagipun mak bee kan dah makin sihat sekarang, boleh duduk KL balik. . .blaaa blaaa blaaa <---membebel. . .

Setelah agak puas beliau berceramah berkaitan masa depan & issu-issu kewangan akhirnya Nazry melangkah longlai ke bilik. . .Namun dalam kata-katanya juga ada menyelitkan bait-bait tidak puas hati & cemburu. . . 

John Melvin: Jagan lupe gosok gigi nanT nak . . . bau tomyam. . .hak hak hak

Nazry: Malas, ajak tido tak nak. . .Jangan lama sangat. . .Esk bee balik pagi. . .

John Melvin: OK. . .
---------------------------------------------------------------------------------------------

Dari satu halaman blog ke satu halaman blog John Melvin jelajah malam itu, dari satu satu laman sosial ke satu laman sosial John Melvin buka malam itu. . . Mendaftar Job Street masih belum lagi. . . Kerana buat masa sekarang John Melvin bahagia menjadi Penganggur berIngenieur. . . Malam itu juga John Melvin berchatting dengan kawannya perihal penyayi itu, Namun bukan seperti Abang Zai yang berchatting di laman sesawang "gaysite" di bilik tetamu dirumahnya. . . John Melvin sekadar berchatting di laman sosial biasa. . . (Abang Zai, patik sekadar bergurau)

John Melvin: New guy, aku kenal nie bahasanya pehhhhh meruntum nafsu

Kamal: Oh yeke. . . .(sukati je taruk petname nie)

John Melvin: Mucisian lagi. . .

John Melvin: Aku takut aku tercurang. . .katanya mahu jumpa. . .any pandangan. . .

Kamal: takde la. . .huhuhuhuhu

John Melvin: Ok. . .OK la malam terakhir kat KL mahu menempiaskan rindu dendam sebelum berangkat pulang. .Ketemu dilain masa. . .

Kamal: Oh yeke. . .bagusla. . .Ngeeeee. . .

Dititipnya tangga rumah itu pelahan-lahan, selesai itu dikuaknya dada pintu lantas menuju tepat ke sebuah katil yang seginya 6 kaki x 6 kaki. . . Agak pantas namun masih dalam kondisi sopan beliau baring diatas katil tersebut sedikit- demi sedikit dirapatkan badannya sehinggalah. . .

Nazry: panas la bee. . .

John Melvin: Ingat dah tido. . . Kata ngantuk tadi.. .

Nazry: Nak tido la nie (bunyinya agak dingin). . Bee pegi la sambung sembang ngan Penyayi itu. . . lagipun kan lama tak sembang ngan kawan lama. . .Kirimkan salam abang dengan anak buah sekali. . . ke orang yang sama. . .

Tiba-tiba suasana yang harmoni dan sejahtera, seperti kesejahteraan rakyat 1 Malaysia yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri kita bertukar menjadi Ribut petir yang dasyat, beserta dengan daun-daun yang gugur berterbangan dibawa angin yang deras serta langit yang penuh dengan kilat dan ribut petir yang sabung mengabung. . . kini bercampur baur menjadi satu fonomena dihati John Melvin. . .

ps: Entry 4 hari sudah namun terlupa untuk ditekankan butang "Publish Post"
pss: Emmmm entry kentut kerana John Melvin kini kurang waras. . .beliau kini sedang mabuk & gila kerana panyanyi itu. . . hak hak hak (sayup-sayup kedengaran lagu Love You Like A Love Song nyanyian Salena Gomez <-- ex beliau dahulu. . .Emmmmm comel)

Tammat Part II

Monday 23 January 2012

Miss Call. . . .


Suaranya kelihatan begitu enak sekali untuk didengar. . . Alunan Musik & vokalnya kelihatan begitu sebati sekali. . . Manakala jika dilihatkan kepada empunya diri pula, kelihatan begitu simple namun masih lagi kemas & Menepati piawaian selera John Melvin. . . . Treetttt Tretttt Tretttt John Melvin sedikit berahi ketika itu. . . Dari satu lagu ke satu lagi beliau nyanyikan & akhirnya beliau berhenti. . .Ketika membuat persembahan sekali sekala John Melvin perasan yang dia memandang ke arah mejanya sambil mengukirkan sekuntum senyuman yang menarik. . . . Tretttt Treeettttt trettt John Melvin sekali lagi merasakan yang underwear nye sedikit basah. . . Namun entah wahyu dari mana datangnya, selesai menyanyi ia melangkah ke meja John Melvin. . . 


Penyanyi Itu: Hello guys long time not see u here Nazry, where hv u been, how my performance. . .

Nazry: Very Good. . . That my friends John Melvin and PM. . .

John Melvin & PM: Hii. . .

Penyanyi Itu: Hiii. . .  Lama tidak nampak melepak kat sini. . . 

John Melvin: Selalu ke nampak. . . Dah tak duduk KL so xde la kemari. . . 

Nazry: Penganggur terhangat. . .

Penyayi Itu: Hahahahahaha. . . Ada la, but nomaly u with ur friend PM. . . So xde la tegur. . .Tp hari nie datang dengan Nazry, ade la peluang nak tegur. . . Kawan lama. . .

PM & John Melvin : Owhhh. . . 

PM: Nice performance nanti kalau aku kawen boleh la nak suruh nyayi. Lagu Ombak rindu. .hahaha

John Melvin: Aku kawen pun nak lagu ombak rindu gak la. . . Tp aku xde keje sekarang so free jela ekk. . . (Tidak tahu kenapa, John Melvin agak mesra dengan beliau. . . berahi mungkin. . .hak hak hak)

Nazry: Bee nak kawen ngan sape?

John Melvin: Kalau ade jodoh kawen la. . .Knape?

Penyanyi Itu: Nazry, u call John Melvin Bee?

Nazry: Yup. . . He my brother. . . 

Penyayi Itu: Congratulation. . .Finally u found ur soul mate again. . hahhahahahha

John Melvin: Soul mate apenye. . . Mamat nie housemate aku la. . . entah kenapa panggil aku Bee. . 

PM: hahahahahahahahahah malu aku berkawan dengan mamat sorang nie. . . jatuh maruah. .

John Melvin: Wehhhhhhhh. . .

Nazry: Hahahahhahahah bukan la. . . just friend. .  Lagipun aku tak teringan ngan orang mcm dia nie. . . Asyik nak menang je. . . Panggil bee pun saja-saje je. . . Dari si PM nie panggil dia adik. . .

Penyayi itu: hahahahahhahahah why pulak you call him adik. . .

PM: Kengkadang kalau tersasul je panggil dia adik,selalu panggil dia John. . . time dekat sekolah dulu semua panggil adik. . kalau announcement pun org panggil adik "Kehadapan pelajar bernama adik, sila ke dewan makan sekarang kerana keluarga anda ingin berjumpa" hahahahahahah. . .Kira satu sekolah panggil adik. . . Anak mak la katakan. . . setiap minggu datang melawat. . .Nasib baik bawak kacang rebus. . .

Penyanyi itu: hahahahahah. .Macam tu so i should call u adik or bee. . .hahahhahah <--- Hot Tp kurang adab

John Melvin: John. . .Mcm mane kenal ngan Nazry. . .

Penyayi itu: emmmmm tak tahu nak cerita mcm mane. . .Tp dah dekat 2 tahun la kenal ngan dia, first time jumpa makan meatball IKEA. . . kira 1st date la. . .hahahahaha

Nazry: Tapi just jumpa je and we become friend till now. . .

John Melvin: tetiba bagi penerangan. . .

PM & Penyayi itu: hahahhahahahahahahahahaha

Penyayi Itu: Ade BBM blh add. . .

Nazry: Endak. . . 

Penyayi Itu: OK. . . That my card. .kalau nak kawen nanT boleh la kasi tahu. . . Free?

PM & John Melvin: Ohh OK-Ok thanks. . .

Kemudiannya kami mula berangkat ke The Perpustakaan untuk duduk-duduk disitu pula. . Tambahan pula PM ada janji disana. .  Manakala aku yang hidupnya ditaja PM ketika itu sekadar menurut bersama Nazry. . . Entah kenapa dimalam-malam hampir tahun baru cina ini masih ramai cina di sana. . .Entah kenapa. . .

PM: want to joint us. . . The Perpustakaan. . .duduk-duduk minum sana plak?

Penyayi itu: It Ok.  . .Enjoy ur night and Jumpa lagi. . .ade preform lagi pas nie

Berbalas salam antara Penyayi itu dengan PM, berbalas salam dan sedikit pelukan antara Nazry dengan Penyayi  itu & berbalas salam antara penyayi itu dengan John Melvin sambil-sambil kata Good bye and miss call me. . .(trettt trettt tidak semena nafsu John Melvin naik kembali, dikeluarkan telipon dari koceknya & dibuatnya miss call)

Penyayi itu: Thanks. . .hope i can see you again. . .just you. . <---sms

Gluppppppppp. . . . (Meskipun gluppppp hatinya berbunga gembira. . .hak hak hak)

Tammat Part 1

Saturday 21 January 2012

Minta. . .

Ketika semalam dalam perjalanan penuh kesesakan ke Kuala Lumpur ade lagu ini. . . Seingat John Melvin, dulu Nazry pernah mendendangkan lagu ini secara terus kepada beliau, PM dan Ishak ketika berkaraoke. Bait bahasanya sama seperti apa yang keluar dari corong radio kereta ini. . . Bezanya suara nazry seperti langit dengan Metal bumi bezanya. . . Ibarat buluh perindu dengan buluh lemang bezanya. . .



John Melvin : Biasanya time rehat call. . .Kenapa tak call. . . Sibuk Ke?

Nazry : Merajuk. . .

John Melvin: OK. . .

Nazry: Emmmm pujuk la. . .

John Melvin: hak hak hak malas sebab awak mintak bukan-bukan. . .

Nazry:  .Kalu mcm tu terpaksa la abang cari  . . . . . . . . . . . . . .. Boleh ke?

John Melvin: Hoiiii jangan nak mengada-ngada. . . Saya tuntut mahar saya nanT. . .hak hak hak hak

Nazry: hahahahahahaha ade mahar ke?

20 min selepas itu (kurang lebih )

Nazry: Emmmmm tadi main-main je. . .

John Melvin : Good-good. .. OTW ke KL nie. . .

Nazry: Emmmmm boleh la ekkk. . . Angpau tahun baru. . .

John Melvin: dah patah balik ke perak. . . mintak dekat budak Maluri

Nazry: Tahu kan abang main-main. . . .

John Melvin: Terlewat sudah. . . hatiku sudah kau guris luka. . .hak hak hak

Nazry: Sorry. . . .:( 

John Melvin: Saje je. . .  Lambat sikit sampai jalan sesak, kereta tak gerak. . .

Nazry: OK. . .

Thursday 19 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina. . . .

: : : : GONG XI FA CAI : : : : :

Dulu masa arwah datuk punye abah hidup lagi aku raya & dapat ampau
Sekarang aku sekadar ucap & tidak dapat ampau


Jam 02:37 am

Nazry: Dah Ketat Dah. . . .

Jam 04:00

John Melvin: Nanti aku longgarkan. . . .

: : : : Selamat Tahun Baru Cina : : : : : 

Sunday 15 January 2012

We Are Young. . . .

He just send me the video and say nothing. . . .


Merajuk La tu.....
Emmmmmmmmmmmmmmm

Wednesday 11 January 2012

Kamu. . . .



Kamu tidak tahu dari mana harus kamu mulakan semula. . . . Seperti biasa, kamu seboleh mungkin tidak mahu meletakkan kesilapan yang telah berlaku ke atas diri kamu sekarang diatas bahu kamu sendiri. . . .Seboleh mungkin kamu mahu campakkan kesalahan ini kepada Razlan, meskipun siapa Razlan kamu sendiri tidak tahu. . . . Kengkadang kamu terfikir mungkin ada hikmah diatas semua yang berlaku & kengkadang kamu juga terfikir mungkin ini bala yang kamu harus terima diatas kesilapan yang tangan kamu lakukan. . .

“When you win some you lose some ”

Benar atau tidak apa yang bahasa penjajah itu katakana kamu sendiri tidak pasti. . . Namun apa yang pasti kamu sekarang adalah seorang penganggur yang kurang berguna atau mungkin tidak berguna. . . .
  
Kamu juga kini sudah belajar untuk tidak berkata jujur – Berkata jujur pada diri kamu dan insan-insan disekitar kamu. . .

Mungkin kamu bukan kamu yang dulu.. . Kamu bukan kamu ketika bersama bekas kekasih dan tunang kamu dahulu. . . .

Namun apa kamu yang dulu masih ada adalah berjalan seorang diri, kemudian termenung dan memikirkan sesuatu untuk kamu salahkan dan persoalankan. . . Jika pada ketika itu ada yang sudi bertanya akan kamu ceritan dari A- Z. . . Tiada suatupun yang kamu tinggalkan walaupun noktah. . . . Kemudian kamu akan pergi menginggalkan orang yang bertanya dengan harapan untuk tidak berjumpa dengannya lagi . . .

Kerana kamu percaya orang yang bertanya hanya menganggap kamu gila & berdoa untuk tidak berjumpa dengan kamu lagi . . . .

:: Dari Pagi tadi pak cik nampak kamu duduk dekat sini, Tunggu sape ::

Jauh kamu berjalan hari ini. . .Sehingga kamu pasti sesiapa tidak mengenali kamu

Kamu mengharap yang tiket untuk kamu ke kehidupan lama kamu masih ada seperti tiket untuk kamu pulang tadi. . . .

ps: Orang-orang yang membaca blog kamu kini juga merasakan yang kamu kini gila. . . .

Monday 9 January 2012

1st Fight. . .

Kalau waktu pagi mukanya licin sahaja, namun bila malam kelihatan jambang halus bersepah, tidak hendsome seperti waktu pagi selalu-selalunya. . . Bibir dia pun nampak kelakar biler dia baring, Nipis dan berwarna meroon-meroon. . . Aku rasa dia pun curi-curi hisap rokok mcm aku, tapi belagak mulia marah orang isap rokok, kalau tidak masakan bibir beliau bewarna meroon-meroon & tidak pink seperti bibir Lisa Suruhani dalam iklan dalam TV tu. . . Kemudian biler diperhatikan di celah-celah jambangnye yang tumbuh hijau, ade sebutir-dua  jerawat kering. .  . Sudah berkali aku tegur dia jangan letak jem kacang banyak-banyak ats roti. . . tapi dia nie degil kata sahaja doktor. . .

John Melvin: Ehhh kenapa dahi berparut. . . Ada pergelutan dengan penjenayah ke?

Nazry: xde la, kene bucu pintu time gigih nak pasang . . Kecik aje & dah nak hilang pn. . . Mcm mane boleh perasan. . .

John Melvin: Itulah yang dinamakan mata knight-men  . . . hak hak hak

Nazry: ha ha ha menyampah abang dengar. . . Dah xnak mandi dah ke. . .

John Melvin: mandi dulu  . .Nak cuci mata jap. .

Nazry: Abang dah ganti dah pintu yang bee pecahkan hari tu. . . bayar balik 2 ratus. . .

John Melvin : tipu la pintu plywood sampai 2 ratus. . . Macam la aku tak tahu. . .

Nazry: Sudah tukar pintu kayu 150 pastu tombol 45 inggit, 5 inggit lagi upah abang pasang. . .Ingat senang ke. . . Bee lepas pecahkan buat tak tahu. . .. 

Emmmm. . . . Itu cerita beberapa minggu sebelum tahun  2012. . . Pergaduahan biasa-biasa antara aku dengan Nazry menyebabkan pintu bilik yang tidak berdosa menjadi mangsa. . . Selain dari pintu bilik kaki aku juga menjadi mangsa, sakit rupanya menentang pintu. . . Kiranya pergaduhan pertama kita orang sebagai housemate  dan housemate. . . how sweet. . .hak hak hak 

Nazry: berapa kali mahu dibilang jangan hisap rokok. . . jangan hisap rokok. . .bee tu bukannye sihat kalau isap rokok. . . NanT sakit menyusahkan orang. . .

John Melvin: Biler masa plak aku isap rokok nie. . . Balik keje terus kene marah. .  .

Nazry: Nah. . . 

Sambil baling rokok kat badan aku. . . Pehhhh mendatangkan marah sungguh, dahla di renyuk-renyukkan kotak rokok 19 batang lagi tanpa peri kemanusiaan. . . Pehhhhh mendatangkan marah sungguh. . .

John Melvin: Dah lama la rokok tu dalam laci. . .Tak pakai pun, saje simpan. . . Yang di rosakkan buat ape. . .mahal nie. . .

Nazry: Kalau tak pakai buat ape simpan. . . Kalau tak suka buat ape layan. . . 

John Melvin: Layan ape pulak orng tua nie. . . Kan dah cakap tadi saja simpan rokok tu, sebab dah terbeli hari tu. . . 

Nazry: Poyo bee tau tak poyo. . . Yang dada bebelang tu kenapa. . Bukan sebab kene cakar ngan perempuan ke. . . Bee kalau betul cakap kat dia betul-betul, kalau nak main-main je baik tak payah. . . Bee ingat bee tu bagus sangat ke. . . hati orang nie nak main, hati orang tu nak main. . . Kene pokok konon. . . 

John Melvin: Perempuan mane plak. . . Abang (sudenly panggil dia abang sbb dh nak kantoi) biar betik. . .

Nazry: Yelatuuuu biar betik. . . Abang baca la sms bee. . . Kalau semalam dah kata taknak mainkan perasaan dia cakap la terus-terus, lepas dah kasi tahu xyah la msg bagai kata nak slow down- slow down pulak. . Sorry sebab ai cakar you. . . Tak pe sebab ai yang salah (nada mengejek sms aku). . . Pastu kalau betul nak dekat dia pegi terus x payah nak rahsia-rahsia. . . 

Tidak tahu untuk menjawap apa, dengar perasaan sedikit marah & ego yang dibakar hangus John Melvin keluar dari bilik itu. . . Namun tidak tahu mana datangnya idea bodoh untuk menendang pintu. . . Namun mungkin ia tindakan yang paling wajar untuk menghentikan perbualan selain daripada berpura-pura pengsan pada ketika itu. . . Keadaan menjadi semakin dinginnnnnnnnn

John Melvin: Waktu itu di dalah hati : Bongok punye Nazry, sesedap rasa je nak bukak phone aku tapi paling bongok adalah pintu itu. . . Sakit kaki aku. . Mujur dalam keadaan marah jika tidak mahu menari mak yong John Melvin menahan sakit selepas menendang pintu itu. . . Jalan seperti biasa-biasa. . . masuk bilik air baru lihat kini kaki John Melvin pula sedikit luka. .. Semalam dan hari ini hati & badannya dilukai. . . 



Sabtu kemarin. . . Selesai mereka datang menziarah kondisi mak yang semakin positive itu, kami berangkat ke Air Terjun Batu Berangkai Kampar. . . Tempatnya tidaklah dekat & tidaklah pula begitu jauh. . . Airnya tetap dingin & jernih sama seperti waktu kami pergi dahulu. . . Aku seperti biasa jika masuk ke air tidak lama. . . bukan kerana tidak suka tetapi kondusi mata yang harus sentiasa dletakkan kanta menjadi penghalang. . . Jika dipakai, dikhuatiri berkabus tebal mahupun hilang (tambah-tambah biler bergelar penganggur) jika tidak dipakai pula ibarat mandi di kolah masjid. . . Pandangan alam tidak nampak jelas, Namun apa yang paling dikhuatiri  rupa paras handsome-handsome & liut lenggok cantik-cantik tidak kelihatan. . . 

ps: Sesetengah ayat didalam pergaduhan mengalami sedikit perubahan  kerana Penulis sudah kurang ingat cara Nazry menjadi singa gatal. . . namun 70 kejian belian  terhadap penulis ketika itu adalah benar. . . 
ps: Ai memang ingat yang Ai nie bagus sangat. . . . <--- serius dia tanye aku soalan nie hari tu & serius aku nak jawap mcm nie, cumanya tidak terucap. . .

Sunday 8 January 2012

Avowal. . . .

Menjadi seorang suri rumah yang tidak masak & mengemas adalah sesuatu yang membahagiakan. . . Mujur duit kereta & rumah kata ayah sudah dia dahulukan meskipun tidak diminta, Kalau tidak malam ini John Melvin terpaksa berpeleseran mencari nafkah di sebuah taman kelam di belakang McD. . . .Terima Kasih kepada kawan-kawan yang mendokan kesihatan "Mak Saya" & sekarang beliau semakin OK cuma sesekali meroyang menahan sakit. . . .


Sudah seminggu rasanya John Melvin kehilangan kerja. . . Sekali sekala beliau ada terasa bosan, tapi kebanyakan masanya berasa bahagia namun sekali sekala terasa berasa bosan. . . Sepanjang seminggu tidak bekeja ini ada beliau terfikir untuk ke Endau-Rompin mencari ketenangan kononnye. . Melihat telatah sang gajah berkubang di sungai, gelagat sang badak memadam kebakaran dan aktiviti-aktivi zirafah mengawan. .. Yaaaa teringin rasanya beliau melihat bagaimana caranya zirafah mengawan, kinky atau biasa-biasa sahaja. . . Tapi sayang seribu kali sayang zirafah tiada di Malaysia, cuma yang ada Zafirah kawan John Melvin semasa di sekolah agama dahulu. . . Emmmmm merapik. . . Mujur jumaat lepas PM ada khabrkan kepada beliau mahu kesini. . .

PM: Salam penganggur. . . .

John Melvin: Bongok. . .hak hak hak. .

PM: Ha8x. . . Esok aku bercadang mahu tengok mak ko, lepas tu mahu terus ke Air Terjun hari tu. .


John Melvin: Oooo datang-datang. . .Boleh aku follow skali

PM: Bukan ko kene masak ke. . .ha8x. . . Aku datang dengan laki hang skali. . .

John Melvin: Banyak la laki aku. . .  Emmmmm tp laki aku yang mana satu ekkkk. . .Susah hendsome nie. . .hak hak hak

PM: ha8x. . . . NanT bertolak aku kasi tahu. . .

John Melvin: Family hang follow skali ke?

PM: Maybe aku ngan Nazry je. . . semalam aku jumpa dia dekat Jusco Maluri, pastu dia kata nak g umah ko minggu nie. . .Ajak aku sekali sonye aku follow. . . Dia tak kasi tahu ko ke?

John Melvin: Kasi. . . .Boleh tanye?

PM: Ape?

John Melvin: Nazry sorang ke time tu. . .

PM: Haah. .  dalam kurungan (meremang bulu jembut aku). . . Ha8x

John Melvin: saje je tanye nak memperbanyakkan perbualan, bosan-bosan nie. . .hak hak hak

PM: Yola tu. . . OK la Aku nak sambung keje nie, lagipun aku bkan suri rumah sepenuh masa mcm ko. . .ha8x. . .Apa-apa nanT aku kasi tahu. . .Kirim Salam dekat mak ko. ..

John Melvin: OK.. . .

--------------------------------------------------------------------------------------------

John Melvin: Tengah Buat ape?

Hampir 20 min beliau menunggu sms tadi dijawap. . . Sepanjang tempoh itu beliau merasakan hatinya  mundar-mandir, air liurnya juga terasa pahit bila ditelan. . . Setahunya Nazry seboleh mungkin tidak mahu ke Jusco Maluri. . . YA sepanjang pengenalannya dengan Nazry dia tahu yang Nazry tidak gemar kesana. . . katanya cintanya dulu ada bekerja disitu. . . Bagimana beliau tahu, Nazry sendiri ceritakan ketika beliau mengajak Nazry ke sana untuk makan KFC. . . Ayam KFC di Jucso Maluri saiznya agak besar-besar jika dibandingkan di tempat lain. . . Mungkin sama besar dengan ayam KFC di Sungei Wang ataupun kecil sedikit. . .Itupun sangat kecil bezanya. . .

Nazry: Makan Hati. . .Sorry lambat reply, ade pesakit. . 

John Melvin: Oooo xpe. . . knape makan hati. . .
Nazry: Emmmmm sebab rindu. . .ha ha ha

John Melvin: Owhhh ingatkan makan hati dengan teman lama yang bekerja di Jucso Maluri. . . Esk datang jam berapa?

Nazry: huh!!!!. . .Abang kesana sebab celebrate Birthday kawan la. . kita orang pegi ramai-ramai dekat 10 orang. . Lagipun orang yang organize birthday tu yang buat kat situ, Kalau abang yang organize buat dekat tempat lain. . .Sumpah . . Lepas tu jumpa PM borak dengan dia. . . Kawan-kawan abang time tu balik dulu. . . Lepas abis borak dengan dia abang terus balik Hospital sebab time tu time rehat dah abis. . . Kita orang pun borak pasal nak pegi umah bee esok. . . Kalau tak caya tanye PM sendiri. . . Lagipun kan abang kata tadi Rindu. . .Maksudnye Bee la tu. . . Haishhhh

John Melvin: Owhhhh dah mcm karangan UPSR plak sms nie. . . Esok datang jam berapa. . 

Nazry: Yelaaaaaaa. . . esk tak tahu lagi datang pukul brape. .  NanT abang bincang ngan PM balik. .

John Melvin: Orait. . Tadi PM ade sms. . dia kata nak ke air terjun terus. . . sejukkkkk sejukkkk

Nazry: Patut la rahsia terbongkar.. . .ha ha ha

John Melvin:  huh!!!!! (tiru cara msg terbaru kamu)

Ibarat bunya-bunga yang mekar indah di taman. . . Kembang harum dan mewangi begitulah hati John Melvin kini diibaratkan. . . Air liur tidak lagi pahit untuk beliau telan. . . 

Monday 2 January 2012

Tiada Tajuk. . .

Waktu mandikan mak maghrib tadi mak ade cakap. . .

Mak sentiasa doakan kejayaan & kesejahteraan anak-anak mak. . .Mak nak tengok anak-anak mak bahagia dan berjaya dalam hidup. . . Mak jugak berdoa agar mak sentiasa sihat untuk anak-anak mak, Kalau mak sakit pun jangan lama-lama sampai mengusahkan anak-anak mak. . .Mak jugak penah berdoa biar mak mati dulu sebelum anak-anak mak. . .

Aku buat-buat tak dengar aku buat-buat menyanyi. . .

Lepas tu mak cakap lagi : Adik jangan la menangis. . . .

Aku buat-buat ketawa namun dalam tawa aku ada air mata. . .
Semakin aku cuba tahan semakin banyak ia keluar. . .